Make your own free website on Tripod.com
Home
Sungai Singapura (2006)
Padi
Melaka, Bandar Bersejarah
Melawat Ke Melaka
Melawat Taman Sungei Buloh
Melawat ke Bandar Melaka
Hari Vesak
Kitar Semula
Tanggungjawab
Tanggungjawabku
Hari Pertahanan Awam 2004
Penyesalan
Pilu
Penyesalan

Enter subhead content here

Penyesalan

 

 

      Aku masih teringat kesilapan yang aku lakukan dua tahun yan glalu. Ingatanku masih segar. Kesipalan aku itu paling besar dalam kehidupanku. Walaupun aku yang membuat kesilapan itu, kehidupan keluargaku turut terjejas. Ia berlaku pada Januari, 2002.

 

 

       Sudahlah mak! Amir kan sudah besar! Tidak payahlah mak hiraukan Amir lagi aku membentak ibuku lalu keluar dari rumah. Kata-kata aku itu rupa-rupanya sungguh memilukan hati kecil ibu. Hatinya pedih tidak terkata. Air matanya terus bergenangan tanpa henti. Aku menuruni tangga lalu pergi sejauh mana kakiku membawa.

 

 

       Sedangku berjalan di sebatang lorong yang sunyi, hatiku berasa gelisah. Aku tetap berjalan tanpa haluan. Semakin jauh aku berjalan , semakin aku tidak tertahan rasa gelisahku. Aku mengambil langkah seribu bergegas pulang ke rumah. Setibanya di rumah, adikku terus menyembamkan mukanya ke dadaku. Abang, ibu sudah tiada lagi! adikku memberitahu sambil menangis.  Berita itu seperti petir memantak lubang telingaku. Aku seperti tidak percaya. Aku masuk ke dalam bilik dan melihat mayat ibu yang kaku terbaring di katil. Aku menjerit. Aku memanggil-manggil  ibuku dengan penuh histeria. Hatiku sebak menanggung kecewa. Aku kecewa dengan sikap diriku. Aku tersa amat sedih bagai kaca terhempas ke batu. Kini, aku terasa dunia begitu gelap gelita. Aku sangat menyesal. Hatiku diselimuti kepiluan.

 

 

       Hari berikutnya, jenazah ibu telah selamat dikebumikan. Hidupku kini tanpa ibu. Lebih malang lagi, tanpa  ayah yang juga telah lama meninggalkan kami sekeluarga. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

 

 

 

 

Muhd Rosanni (6B 2004)

Sekolah Rendah Jin Tai

Enter supporting content here