Home
Sungai Singapura (2006)
Padi
Melaka, Bandar Bersejarah
Melawat Ke Melaka
Melawat Taman Sungei Buloh
Melawat ke Bandar Melaka
Hari Vesak
Kitar Semula
Tanggungjawab
Tanggungjawabku
Hari Pertahanan Awam 2004
Penyesalan
Pilu
Melaka, Bandar Bersejarah

Enter subhead content here

Melawat ke Bandar Melaka

Oleh : Muhd Rosanni

6B(2004)

 

            Sebaik sahaja aku mendengar bahawa ibu akan membawa kami melancong ke Melaka, hatiku melonjak gembira kerana itu ialah kali pertama aku pergi ke Malaysia. Sehari sebelum bertolak , kami mengemas barang-barang yang diperlukan.

 

            Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Kami menaiki bas menuju ke stesen kereta api Tanjong Pagar yang akan membawa kami ke Melaka. Perjalanan itu mengambil masa selama enam jam. Aku tertidur dalam perjalana yang panjang itu, ditambah lagi oleh perasaan ku yang bosan.

 

            Enam jam selepas kami bertolah dari Tanjong Pagar, kami tiba di Melaka. Aku seperti tidak sabar untuk melancong di sana. Perasaan ku yang tidak berapa lama dulu bosan bertukar menjadi riang apabila aku menjejakkan kaki di bumi Melaka.

 

            Kami terus ke hotel di mana kami akan menginap selama 3 hari dan 2 malam.  Seetelah meletakkan barang-barang kami ke Taman Mini Malaysia. Ia adalah sebuah kompleks tema yang membolehkan pengunjung  memasuki setiap rumah yang dipamerkan itu untuk melihat sendiri struktur , perabot dan keadaan rumah itu.

 

            Tanpa ku sedari, malam kan bertakhta, namun kami rasa belum puas bersiar-siar. Setelah malam tiba, kami pulang ke hotel. Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik, menambah lagi keindahan suasana malam itu.

 

            Keesokan harinya, kami  melawat replika istanan Kesultanan Melaka yang terletak di Bukut St Paul, berhampiran dengan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan Kota A Famosa. Istana asal Kesultanan Melaka telah dibina pada kurun ke lima belas. Istana asal digelarkan sebagai bangunan yang terindah di rantau ini pada zaman pemerinahan Sultan Mansur Shah. Malangnya istana asal telah musnah dalam satu kebakaran. Pembinaan semual istana ini telah dilakukan denan berpandukan gambaran yang telah ditulis oleh Tun Seri Lanang dalam buku Sejarah Melayu.

 

            Sedang sibuk bersiar-siar, hari pun sudah larut malam. Kami pun pulang ke hotel dengan perasaan puas.

 

            Keesokan harinya, hari yang terakhir kami di sana, kami ke dusun durian yang berdekatan. Kami bukan hanya bersiar-siar, malah kami juga dapat merasa durian yang manis-manis belaka. Kami sungguh berpuas hati di sana. Kami pun beredar dari tempat itu apabila warna senja mulai memamah. Walaubagaimanapun kami tidak sabar untuk pulang ke Singapura.

 

            Keesokan harinya kami pun berangkat pulang dengan perasaan penat tetapi gembira.

Enter supporting content here