Make your own free website on Tripod.com
Home
Sungai Singapura (2006)
Padi
Melaka, Bandar Bersejarah
Melawat Ke Melaka
Melawat Taman Sungei Buloh
Melawat ke Bandar Melaka
Hari Vesak
Kitar Semula
Tanggungjawab
Tanggungjawabku
Hari Pertahanan Awam 2004
Penyesalan
Pilu
Pilu

Enter subhead content here

Pilu 

 

 

       Sedangku duduk termangu di meja belajar, mataku merenung ke sudut meja dan terlihat sebingkai gambar seroang wanita berjubah putih yang sedang memelukku.      Itulah ibuku yang amat ku sayangi. Gambar itu dipetik sewaktu ibu hendak berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji.

 

 

       Aku sangat rapat dengan ibuu dan aku sering mengadu segala masalah. Dia jugalah tempat aku menumpang kegembiraan. Ketika dia memberitahu hasratnya untuk mengerjakan ibadah haji pada bulan Ogos yang lepas, aku sangat gembira dia bakal memenuhi hasratnya itu. Di samping itu juga aku rasa sedih kerana tidak sanggup berpisah dengannya walaupun untuk beberapa minggu sahaja. Masih terngiang-ngiang di fikiranku waktu kali terakhir berpisah dengannya di lapangan terbang Changi. Jaga dirimu baik-baik saying dan jangan abaikan pelajaran dan kesihatanmu. Ibu sangat sayangkanmu, luah ibu.

 

 

       Tanpa disedari mataku bergenang berkaca-kaca. Ibuku telah pergi buat selama-lamanya. Sewaktu kami semua sedang menanti kepulangan ibu dari tanah suci., kami menerima berita yang pesawat ibu naiki terlah jatuh terhampas. Tangkai hatiku bagaikan hendak putus.  Air mataku terus bergenangan tanpa henti setelah mendengar berita yang menyayat hati itu.  Tidakku sangka perpisahah itu adalah yang terakhir buatku dan ibu. Walaupun sudah hampir setahun pemergiannya, namun, memori indahku bersama ibu akan sentiasa terpahat di lubuk hatiku. Aku berdoa  agar rohnya dirahmati Tuhan. Amin.

 

 

 

 

 

 

Siti Nadiah (6B)

Sekolah Rendah Jin Tai

Enter supporting content here