Home
Sungai Singapura (2006)
Padi
Melaka, Bandar Bersejarah
Melawat Ke Melaka
Melawat Taman Sungei Buloh
Melawat ke Bandar Melaka
Hari Vesak
Kitar Semula
Tanggungjawab
Tanggungjawabku
Hari Pertahanan Awam 2004
Penyesalan
Pilu

Melawat ke Bandar Melaka

Enter subhead content here

Melawat ke Bandar Melaka

Oleh : Rabiatul Adawiyah

6B(2004)

 

 

            Rasa gembira meruap di dadaku apbila keluargaku bersetuju hendak melawat ke tempat-tempat yang menarik di Melaka semasa cuti sekolah pada bulan Disember lepas.

 

 

            Sehari sebelum lawatan itu bermula, keluargaku bersiap-siap dan mengemas beg. Kami menyediakan kamera, filem , makanan dan minuman dan barang-barang keperluan lain.

 

 

            Keesokan hari, kami bertolak dengan menaiki sebuah kereta api di stesen Tanjong Paar. Aku berasa ghairah kerana itulah pertama kali aku menaiki kereta api. Kami tiba di sana pada pukul dua petang.

 

 

            Destinasi pertama kami ialah Taman Mini Malaysia. Taman Mini Malaysia terletak di bandar Melaka. Ia adalah sebuah kompleks tema yang membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua tiga belas negeri di Malaysia. Taman itu juga memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli dan dibina oleh pembina-pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi denagn perabot asli, pekakas rumah seperti pinggan mangkuk. Ibu memetik gambar kami sekeluarga di taman itu sebagai kenangan. Kami berada di sana kira-kira satu jam.

 

 

            Selepas itu, kami menuju ke sebuah restoran untuk menjamu selera. Di sana kami dihidangkan pelbagai makanan. Setelah kamu puas menjamu selera, kami melawat replika istanan Kesultanan Melaka yang terletak di Bukut St Paul, berhampiran dengan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan Kota A Famosa. Istana asal Kesultanan Melaka telah dibina pada kurun ke lima belas. Istanan asal digelarkan sebagai bangunan yang terindah di rantau ini pada zaman pemerinahan Sultan Mansur Shah. Malangnya istana asal telah musnah dalam satu kebakaran. Lawatan ini telah menambahkan ilmu pengetahuan saya.

 

 

            Setelah berasa puas bersiar-siar, kami pulang ke Singapura.Walaupun kami berasa penat dan letih, kami gembira dapat melawat tempat-tempat yang menarik lagi bersejarah di Melaka.

 

 

Enter supporting content here